12 August 2011

L0ve iCe-CrEaM ^_^

w0w!! look diZ.....




ABouT Ice-cReam.....

Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam.Garam membuat air dapat berada di bawah titik beku air tulen.
Walaupun istilah aiskrim sering digunakan untuk menunjuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan, tapi sebenarnya khas digunakan untuk menunjuk kepeda pencuci mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu. Banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, mengehadkan penggunaan istilah tersebut berdasarkan kuantiti kandungan asas makanan tersebut.
Aiskrim moden komersil dibuat daripada campuran bahan di bawah ini:
  • 10-16% lemak susu
  • 9-12% susu pejal tanpa lemak: komponen ini, juga dikenali dengan serum pejal, mengandung protein (casein dan whey protein) dan karbohidrat (laktosa) ditemukan dalam susu
  • 12-16% pemanis: biasanya gabungan sukrosa dan/atau pemanis sirap jagung berdasarkan-glukosa
  • 0.2-0.5% penstabil dan pengemulsi seperti contoh agar atau carrageenan yang diambil dari rumpai laut
  • 55%-64% air yang berasal dari susu padat atau bahan lainnya.


ni Pla....faKTa MENARIK tenTang ICE-CREAM

1) “Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.   ”

2) Sebutan pertama 'ice cream' berasal daripada bahasa Amerika.

3)  Kedai aiskrim pertama dibuka di New York City adalah pada tahun 1776

4)  Mesin aiskrim manual pertama dicipta oleh Nancy Johnson dan kemudiannya dipatenkan oleh Johson Patent Ice Cream Freezer.

5) Alfred L.Cralle merupakan pencipta untuk sendok aiskrim pertama pada tahun 1897

6) Aiskrim cornetto dicipta dan dipopurkan sejak tahun 1904 lagi..sampai sekarang ia popular..

7) Rakyat Amerika merupakan gologan yang paling banyak makan aiskrim. Rata-ratanya setiap seorang menghabiskan 15-20 liter setahun.

8) Di Amerika,Ice cream merupakan 'dessert' yang paling digerami jika dicampurkan dengan biskut


LaGi...LaGi.... ^_^

  1. Aiskrim mula dihasilkan pada tahun 1600
  2. Makanan yang sering dihidangkan kepada golongan diraja khususnya di England
  3. Thomas Jefferson merupakan orang pertama yang memiliki resipi untuk pembuatan aiskrim berperisa vanila pada suatu masa dahulu
  4. Pada tahun 1847 Nancy Johnson telah mencipta kejayaan dengan mencipta mesin pembuat aiskrim yang dikenali sebagai (Hand-Crank) namun kemudin dia menjual hasil ciptaannya yang diberi nama " Johnson Paten Ice Cream Freezer" kepada William Young
  5. Pada tahun 1851 Jacob Fussell telah menjadikan penghasilan aiskrim sebagai satu industri terbesar di Amerika Syarikat
  6. Pada tahun 1984 Amerika Syarikat telah mewujudkan BULAN AISKRIM KEBANGSAAN yang disambut pada bulan julai setiap tahun


0 comments:

Post a Comment